Bila
seseorang mula bercerita pasal alam ghaib pasti akan ada cerita mengenai dunia
bunian iaitu sebuah dunia yang dikatakan terselindung disebalik dunia moden
yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar.Tapi pada hakikatnya kesahihan betul ataupun tidak cerita mengenai dunia bunian ini masih lagi tiada jawapan..........
Begitulah yang terjadi pada seorang pemuda yang bernama wan salah seorang pelajar disebuah pusat pengajian tinggi yang selama ini hanya mempersenda dan berkeras untuk tidak mempercayai mengenai alam ghaib sehingga lah beliau sendiri bertekad untuk mencari apakah betul dan mahu membuktikan kepada teman-teman yang lain bahawa alam ghaib itu tidak wujub serta wan juga ingin tahu tentang apa yang di ceritakan oleh kawanya di kolej tempoh hari,adalah cerita rekaan semata-mata mahupun benar.
Sehingga lah pada suatu hari wan telah menerokai hutan yang dinamakan bukit hijau yang dikatakan berpuaka dan sering menjadi buah mulut orang kampung setempat mengenai kewujudan perempuan berpakaian putih di sekitar kaki air terjun di bukit tersebut seorang diri,wan hanya berbekalkan kekerasan hatinya terus meredah hutan bukit hijau tersebut dan masih lagi mencari dimanakah air terjun yang dikatakan tempat perempuan berpakaian putih sering muncul,selama tiga jam pejalanan wan di hutan tersebut tapi masih lagi gagal menemukan air terjun tersebut dan fikiran wan mula pelik kerana seperti yang diceritakan oleh penduduk setempat air terjun tersebut tidak lah jauh jika dibandingkan dengan jarak yang wan telah berjalan,akan tetapi wan teruskan juga pejalanan dan misi nya untuk menemukan air terjun tersebut sehinggalah wan merasa amat penat dan kaki nya berasa berat untuk melangkah setapak demi setapak,wan bertekad untuk berhenti rehat memandangkan hari masih lagi cerah.
Setelah penat terasa semakin tiada,wan bangkit lalu terus berjalan mencari lokasi air terjun tersebut,tanpa dia sedari bahawa hari semakin petang dan malam akan menjelma,tapi pada wan itu semua bukan lah penghalang untuk dia berpatah balik untuk tidak meneruskan rancangan nya bagi membuktikan bahawa dunia ghaib tidak wujub,bisik hati wan yang menyebut lembut "sekali wan melangkah pantang wan berundur",diperhatikan oleh monyet dan penghuni hutan yang lain wan terus melangkah dan terus melangkah tanpa ianya sedari hari sudah senja tapi air terjun yang di carinya masih juga tidak di temui.wan berhenti seketika berdiri dan memperhatikan disekeliling nya.tapi hanya pandangan hijau pokok-pokok dan daun-daun kering saja yang menghiasi mata nya untuk seketika.kemudian wan bergerak pelahan untuk meneliti sama ada bunyi air mahupun tak.semakin jauh wan masuk ke dalam hutan,semakin sejuk wan rasakan dan tanpa wan sedari bayang rimbunan pokok yang disuluh matahari telah pun tiada dan bermakna hari sudah malam,seperti mana yang wan telah jangka,ia telah mengeluarkan lampu suluh yang dibawa bersama dan sekotak bekal makanan yang dimasak nya dirumah sebelum wan bergerak masuk ke hutan.
Dalam langkah-langkah wan tiba-tiba wan terdengar seperti bisikan air dan bunyi cengkerik yang menghiasi malam,wan kemudianya berasa gembira kerana air terjun yang sering dicerita kan oleh masyarakat setempat memang betul-betul wujud,wan cuba menghampiri bunyi air terjun tersebut,tiba-tiba wan tersentak dan terkejut bila terdengar bunyi seperti seorang perempuan sedang menyanyi,alunan suara perempuan tersebut telah mengukir jiwa dan raga wan untuk wan lebih menghampiri air terjun tersebut,setelah sampai disebuah batu yang besar wan cuba untuk tidak menunjukan dirinya pada perempuan tersebut,akan tetapi begitu wan kalah melawan sikapnya yang suka terburu-buru dalam mencapai sesuatu,akhirnya wan melangkah masuk dan cuba merapat kan diri dengan perempuan berpakaian putih tersebut,beberapa langkah wan berjalan di atas batu berlumut hijau,kaki wan menggeletar dan wan tergelincir di celah-celah batu berhampiran perempuan tersebut,
dengan tidak semena-mena tindakan wan itu tadi telah menarik perhatian perempuan tersebut untuk menolong wan yang dalam keadaan terbaring.
Besambung!!!!!!
Besambung!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan