Sambungan!!!
Diketika perempuan berbaju putih hendak menolong wan,wan cuba untuk menyentuh perempuan tersebut kerana ia berasa sangat takut kerana wan berfikiran aneh bagaimana perempuan secantik ini boleh berada di tengah-tengah hutan tebal sedangkan di tengah-tengah hutan sebegini mana ada rumah kata fikiran wan kedalam hati dengan mimik muka yang terkejut.Walaupun sikap berani wan itu dikatakan tahap dewa,adakala nya wan ada juga sifat takut,
Wan dengan berani bertanyakan pada perempuan tersebut"hei perempuan siapakah kamu dan mengapa kamu berada di dalam hutan tebal sebegini"lantas perempuan berpakaian putih menyahut pertanyaan wan tadi,"wahai pemuda aku lah penjaga hutan ini dan apa hajat kamu datang kemari"
wan terkejut lalu berasa seperti tidak sedap badan,maklumlah berada ditengah-tengah hutan rimba seorang diri,tiba-tiba muncul pula seorang wanita yang tidak di ketahui asal usul nya.
Secara tidak langsung perempuan tersebut telah mempelawa wan untuk datang ke tempat tinggal nya oleh kerana hari sudah jauh malam dan wan sendiri tidak tahu lagi dimana hendak mencari jalan keluar,wan kemudianya telah bersetuju untuk ikut bersama perempuan itu ke tempat tinggal nya.
semasa disana wan cuba bertanyakan kepada perempuan tersebut"wahai perempuan'benarkah dihutan ini ada dunia bunian?"perempuan tersebut tersenyum lalu menjawab ya,wan tetap tidak puas hati lalu wan bertanyakan lagi,"kalau betul lah dihutan sebegini ada dunia bunian sila tunjukan pada ku".
perempuan tersebut bersetuju untuk membawa wan ke tempat yang wan ingin sangat pergi itu.
setelah beberapa belukar diredah,akhirnya wan bersama perempuan tersebut sampai di suatu tempat yang terletak di dalam dunia bunian,wan terkejut lalu senyap tanpa banyak bersoal.wan sebenarnya masih lagi tidak berpuas hati dan kepala nya asyik betanyakan siapakah perempuan cantik ini?semasa di tempat tinggal perempuan itu,wan bertanyakan lagi kepada perempuan tersebut,mengapa dihutan sebegini boleh ada istana?kemuncak penceritaan bermula,tidak semena-mena wan boleh melihat ada sebeuah istana didalam hutan sebegini dengan dihiasi oleh sutera putih dan berbau wangi hinggakan wangian nya itu tidak dapat ditandingi oleh perfume yang ada pada masa kini.wan yang kini merasakan bagai di dalam syurga hampir terlena diantara dua alam yang berbeza.semakin jauh perbualan wan dengan perempuan itu,semakin melayang juga fikiran wan,tanpa disedari wan telah jauh hanyut dari dunia asal nya dan semakin dekat dengan dunia bunian.
Wan secara tiba-tiba tersentak lalu terlintas bahawa ianya berada di alam lain,keadaan semakin cemas lalu wan melarikan diri,berputar-putar wan mencari jalan keluar akan tetapi tidak jumpa,tiba-tiba wan terjatuh kerana tersepak akar kayu dan tidak sedarkan diri.
sesedarnya wan dapati dirinya berada diatas sebuah batu besar dan wan terdengar seperti ada suara yang sedang memanggil nya.wan cuba menyahut kembali suara tersebut dan tidak semena-mena ada ada sekempulan lelaki datang kearahnya dengan membawa cahaya seperti lampu suluh.
kumpulan lelaki tersebut adalah penduduk kampung yang masuk kehutan untuk memcari wan kerana takut disorok oleh bunian bukit hijau.wan yang dalam keadaan penat dan tidak sedar apa yang berlaku telah dibawa keluar oleh penduduk kampung ke tempat yang lebih selamat.Akhirnya wan mempercayai apa yang dikatakan oleh penduduk kampung mengenai wujudnya dunia bunia di bukit hijau.sangkaan wan selama ini mengenai cerita yang dikatakan mitos itu adalah benar dan wan sendiri telah merasai misteri tersebut.
Dimakah kebenaran mengenai dunia bunia masih lagi menjadi tanda tanya semua pihak.
apakah istana yang wan lihat dihutan itu adalah benar mahupun itu fantasy wan semata-mata.
terpulang kepada individu untuk mempercayai tentang dunia ghaib ni.
sebarang kesilapan adalah berpunca daripada saya,dan perkongsian minat ini telah saya blogkan untuk sahabat saya mahupun pembaca diluar sana.
Cerita ini adalah rekaan semata-mata,ianya tiada kena mengena dengan yang hidup mahu pun yang telah meniggal dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan